Monday, September 2, 2013

Sejarah yang disembunyikan : Kisah HMS Malaya

Siapa HMS Malaya?

sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, 42 tahun sebelumnya, sebuah kapal perang telah dibina dan dinamakan sempena nama tanah melayu yang bernama HMS Malaya.

ya anda tak silap baca, sebuah kapal perang.

 HMS Malaya adalah antara kapal yang berada di dalam pengelasan kapal penempur Queen Elizabeth ( Queen Elizabeth class-battleship) di mana kapal ini dibina oleh Sir W.G Armstrong Withworth dan syarikatnya. Kapal yang seberat 33 020 tan ini telah ditaja oleh raja-raja dari Persekutuan Negeri Melayu ( negeri Perak, Selangor, Pahang dan Negeri sembilan) dinamakan MALAYA. cadangan bagi membiayai pembinaan kapal perang ini telah dibuat oleh sultan Perak pada tahun 1913 , disokong oleh Sultan Selangor. Namun begitu, kapal perang ini dibina untuk kegunaan Tentera Laut Diraja British, sebagai penghormatan bagi Persekutuan Melayu yang membiayai kos pembinaan, kapal ini diberi nama HMS Malaya. ternyatalah kalau anda tertanya-tanya sekarang kalau kapal perang tanah persekutuan, di mana bangkai nya? jelas di sini, pembiayaannya adalah untuk kegunaan tentera british. bangkainya? tunggu di akhir cerita.

Saiz HMS Malaya 196.82 meter dan mampu belayar selaju 25 knot dilengkapi turbin Parsons Stim yang terdiri daripada 24 buah turbin pada kelajuan 56 500 kuasa kuda. HMS Malaya telah dilancarkan pada bulan Mac 1915 8 buah MK I 15-inch/42 senjata ( 4x2) , 16 /14 ( kapal-kapal lain) , MK XII senapang 6 inci, 2 buah senjata anti pesawat 3 inci, 4 buah senapang saluting 3-pdr (47mm), 4 buah tiub torpedo 1916 21 inci (530mm) , 2 senapang bersaiz 6 inci yang dikeluarkan daripada dek forecastle , 8 senapang 15 inci ( 4 x 2) , 8 senjata tunggal 6 inci, dan 8 buah MKXVI senjata anti pesawat 4 inci.


HMS malaya telah berkhidmat pada perang dunia pertama dan perang dunia kedua, ketika perang dunia pertama, ramai penduduk tanah melayu yang menderma kepada british untuk berperang di eropah, HMS Malaya berkhidmat di bawah skuadron Battle 5 diketuai Admiral Hugh Evan-Thomas. kapal perang tersebut mengambil bahagian dalam Pertempuran Jutland pada 31 Mei 1916 menentang tentera jerman,  dimana HMS Malaya telah diserang lapan kali dan mengalami kerosakan yang teruk lantas memberi kesan kepada anak-anak kapal. Seramai 65 orang telah meninggal dunia dalam pertempuran. Kapal tersebut mengambil masa selama 8 minggu untuk proses baik pulih. Kapal HMS Malaya antara yang unik dalam kalangan kapal-kapal pertempuran dengan menerbangkan bendera merah-putih-hitam-kuning lambang Negeri Melayu Bersekutu.


  

 
anda nampak harimau malaya di sana? 

Semasa Perang Dunia Kedua, HMS Malaya berada di Mediterranean pada tahun 1940 dan mengambil bahagian dalam operasi menentang Armada Itali. Kapal perang itu juga terlibat dalam kejadian konvoi pengiring terhormat di Coast Afrika barat. Semasa operasi ini HMS Malaya terlah diserang torpedo oleh Jerman U-bot U-106 pada 20 Mac 1941mengakibatkan kapal tersebut menjadi senget pada 7 darjah akibat ditembak teruk dan proses pembaikan telah dijalankan di Amerika Syarikat dari Julai 1941 hingga musim panas tahun 1943, kemudiannya kembali berkhidmat lagi dalam memberi perlindungan Konvoi di UK ke Malta dan Capetown.
                        .
  


HMS Malaya akhirnya ditarik balik daripada semua jenis perkhidmatan pada akhir 1944 dan menjadi kapal penginapan untuk sekolah torpedo. Kapal perang tersebut telah dijual pada 20 Februari 1948 untuk Industri Logam, dan tiba di Faslane pada 12 April 1948 untuk pelupusan.

Fakta menarik : pada 17 November 1922, HMS Malaya juga pernah membawa Sultan Terakhir Empayar Uthmaniyyah, Mehmed VI, dari Istanbul ke Malta ( dan kemudian San Remo) , Pada bulan Ogos sehingga september 1938 , HMS MAlaya berkhidmat di pelabuhan Haifa semasa kebangkitan arab. 

Fakta Menarik loceng kapal dapat dilihat di India Club East, London

Sumber : -Laman sesawang yang dibina khas untuk peringatan HMS Malaya boleh dirujuk di sini 
               -Wikipedia


Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..

5 comments:

  1. apa kapal tersebut benar benar telah di lupuskan? cuba cari maklumat, mungking ia nya tidak jadi dilupuskan?, sekiranya benar, pehak muzium negara, harus mengambil dayausaha untuk dibawan kembail ke MALAYSIA!.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pada tahun 1948 kapal ini telah dijual kepada industri logam dan kitar semula logam tersebut untuk kegunaan yang lain.

      Delete
  2. Apa yg dimaksudkan kapal perang itu dibuat oleh sultan perak pada tahun 1913

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sultan perak mencadangkan untuk menbiayai kos pembinaan kapal ini dan diaokong oleh sultan Selangor. Pembinaan HMS Malaya ditanggung sepenuhnya oleh sultan melayu (Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan). Sebagai penghormatan kepada sultan-sultan melayu, British Royal Navy menamakan kapal ini HMS Malaya.

      Delete