Hikayat pada kebiasaannya adalah cerita warisan dari penceritaan secara lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat untuk didengari oleh pendengar. Hikayat berasal daripada perkataan Arab 'حکا' yang bermaksud 'bercerita', manakala 'حکاية' pula bermaksud 'cerita'.
Kesusasteraan Melayu lama terbahagi kepada dua, iaitu bentuk lisan dan tulisan, namun begitu kata hikayat ini lebih kerap ditemui pemakaiannya dalam sastera bertulis. Manakala untuk bentuk lisan, judulnya bermula dengan 'cerita'.
Manuskrip Melayu Lama Acheh
Hal ini jelas dilihat dalam cerita-cerita penglipur lara, misalnya Cerita Sulung Jawa, Cerita Si Suton dan Cerita Awang Semambu. Penggunaan 'hikayat' terhadap cerita-cerita penglipur lara hanyalah dibuat setelah ia ditulis. Ini dibuktikan melalui cerita-cerita penglipur lara yang dikumpulkan oleh R.O. Winstedt dan R.J. Wilkinson seperti Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..