tapi bukan novel ombak rindu. novel sejarah. memang banyak fakta sikit. tapi berbaloi, kerana anda akan faham jalan ceritanya bonus cerita sultan muhamad al fateh ketika menakluk kota konstantinopel , bonus kejatuhan sultan abdul hamid ketika khalifah uhtmaniah digulingkan. semua in one, bai. mana nak cari? wikipedia pun kena bukak banyak browser.
hari ini aku nak bercerita mengenai kekejaman manusia bernama Mustafa Kamal Atarturk. kalau dalam sejarah sebenarnya , Mustafa Kamal Atarturk ini merupakan kebanggaan kerana presiden turki pertama yang membawa turki ke arah turki moden. tapi dilihat dari sudut agama, beliau bukan satu kebanggaan tapi salah satu yang cuba menggulingkan agamanya sendiri. Aku tak banyak info pasal beliau . tapi kalau beli buku ni, ada fakta yang tak dicerita ditulis oleh penulis tapi tak ada ditulis dalam wikipedia yang pada aku itu satu kemestian untuk tahu betapa kejam nya Mustafa Kamal Atarturk ni.
Mustafa Kamal Ataturk adalah tokoh hitam sejarah Islam yang tidak sewajarnya diberi sanjungan kerana pelbagai penghianatan telah dilakukannya terhadap agama Islam, ekonomi dan rakyat Turki. Beliau yang pada mulanya pernah disanjung sehingga digelar “Khalid al Walid” kerana berjaya mengalahkan tentera British lalu diangkat menjadi Presiden Turki yang pertama, menunjukkan belang hitamnya setelah berkuasa.
Beliau menjatuhkan khalifah Uthmaniyah, sebahagian yang dicerita di dalam buku tersebut apabila beliau merancang satu fitnah bahawasanya Sultan Abdul Hamid II terlibat dalam insiden huru hara serta pembakaran al-quran agar semua rakyat turki menggulingkan kerajaan Uthmaniah , menghina Islam sehingga sanggup
memerintahkan seruan azan dilaungkan dalam bahasa Turki, al Quran yang
mengandungi tulisan arab dibakar kerana orang ramai hanya dibolehkan
membaca tafsiran dalam bahasa Turki, menukar masjid menjadi gereja,
menukar undang-undang Islam kepada undang-undang barat, menggalakan kaum
wanita mendedahkan aurat, membunuh ramai ulama yang tidak bersetuju
dengan corak pemerintahannya dan pelbagai kekejaman lagi.
Sultan Abdul Hamid II, Khalifah Ottoman/ Uthmaniah terakhir. |
saat perginya khalifah uthmaniah terakhir yang tidak mahu menjual seinci pun dari tanah palestin walaupun ditawarkan berbillion dollar oleh pertubuhan yahudi sedunia. |
Menurut
Dr Abdullah Azzam dan Dr. Mohammad Redzuan Othman, setelah Kamal
Ataturk berkuasa pada 29 Oktober 1932, beliau mengistiharkan kelahiran
republik Turki moden dengan :
- Mengikut segala model Barat dalam pemerintahan.
- Sistem yang menjadi dasar adalah sistem republik sekular.
- Menghapuskan sistem pemerintahan khilafah .
- Pemakaian hijab dilarang di kalangan kaum wanita. Sekiranya dipakai ia dianggap jenayah dan hukuman berat dikenakan.
- Pemakainan tarbusy oleh lelaki diganti dengan topi. Juga dianggap jenayah sekiranya dipakai.
- Menggantikan huruf arab dengan latin.
- Menukar sistem pemerintahan Islam dengan sekular sebagaimana termaktub dalam perlembagaan tahun 1933.
- Memansuhkan artikel-artikel yang menyatakan agama bagi negara Turki adalah Islam.
- Memansuhkan Kementerian Kehakiman Syariah dan diganti dengan Badan Kehakiman Sivil.
- Melarang berpoligami dan menyamaratakan hak pewarisan harta dan perkahwinan antara lelaki dan wanita.
- Sistem pendidikan sekular menjadi dasar dan sebaliknya dia menutup dan memansuhkan semua madrasah, sekolah agama rakyat, gerakan tariqat dan amalan sufi.
- Menggantikan budaya Islam dengan budaya berasaskan Turki dan Barat.
- Azan dilaungkan dalam bahasa Turki dan tidak lagi dalam bahasa Arab.
- Masjid Aya Sophia diubah statusnya menjadi muzium.
- Melatih tentera cara latihan ala Barat.
- Mengarahkan supaya dirobohkan tempat azan yang dikumandangkan berhampiran dengan istananya kerana bising dan menganggunya beristirehat.
- Melarang kaum muslimin mengerjakan Haji di Makkah.
- Perlembagaan Turki melarang keras sebarang unsur dan usaha mengembalikan Islam untuk ditukar dengan sistem pemerintahan dan dasar sekular yang diasaskan oleh Ataturk. Usaha untuk itu dianggap sebagai jenayah dan boleh didakwa, dan yang mendokongi kuat fahaman ini adalah pihak tentera dan juga sekularis-sekularis tulin.
- Mendirikan patungnya di setiap tempat.
- Menghapuskan Kementerian Wakaf.
- Menghapuskan penggunaan Kalender Hijrah dan menggantikannya dengan kalender Barat.
- Mengarahkan agar cuti hujung minggu yang selama ini ialah pada hari Jumaat supaya ditukar ke hari Ahad sebagaimana yang diamalkan oleh Barat.
patung-patung Mustafa Kamal Atarturk yang pernah diceritakan suatu saat ditempah dari eropah dengan menghabiskan berjuta-juta lira emas sehingga beliau memansuhkan kementerian Wakaf yang sepatutnya digunakan untuk kebajikan rakyat dengan membeli patung-patung tersebut.
Pemimpin yang diagungkan barat sehingga digelar “bapa moden Turki itu” ternyata tidak membawa apa-apa kemodenan terhadap Turki berbanding semasa pemerintahan khalifah Utmaniyah. Kejayaan beliau yang paling ketara hanya membina patung beliau diseluruh Turki seolah mahu rakyat menyembahnya.
Selama 15 tahun (1923-1938) Ataturk bermaharajalela, melakukan kefasadan yang amat luar biasa terhadap Khilafah Uthmaniah Turki dan Ummahnya. Namun dalam tempoh itu sudah amat cukup untuk dia meperlakukan Islam, menodai ummah dan mencalar-balarkan wajah ummah dengan wajah Barat dan sekular dengan semahu-mahunya.
Namun
ingatlah bahawa Allah itu Maha Mengetahui, Maha Perkasa dan Maha Adil.
Dialah yang menetapkan segala keputusan ke atas segala makhluknya.
Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan
Disaat
kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau
sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab
yang Allah berikan di dunia. Antaranya ialah :
- Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasagatal-gatal seluruh badan.
- Sakit jantung.
- Penyakit darah tinggi.
- Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.
Oleh
kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka yang bertanggung jawab
telah menghantar beliau dengan kapal mewah ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan
harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang. selain dari banyak duit rakyat yang digunakan untuk membiayai kapal mewah tersebut.
Pada
26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu
panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.
Pada
9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya
meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang
memandi,mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.
Mayatnya
diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang
meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan
menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan
azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan.
Bila
mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak
bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa,
mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan kedalam muzium yang diberi
nama Etna Grafi selama 15 tahun sehingga tahun 1953).
Selepas
15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi
sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu
bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.
makam Mustafa Kamal Atarturk. |
Mayatnya
ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama
sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa "jangan kata bumi
Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk".
sumber : Abdul Latip Talib. Mustafa Kamal Atarturk.
Turki civillization. perpustakaan abdul samad, upm.
Suka entri ini? Share dengan rakan-rakan..